FAKTOR-FAKTOR SEMANGAT KEJIRANAN KIAN PUPUS



  1. Faktor Pendidikan - apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat.
  2. Faktor Teknologi & Media Massa - perkembangan teknologi yang canggih membuat kita semakin kurang berinteraksi secara langsung mahupun tidak langsung berinteraksi dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faks, dan internet, kita tidak lagi bertemu secara berseorangan untuk berhubung.
  3. Faktor Struktur Perumahan yang Moden Hasil Daripada Teknologi - menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hal ini berbeza dengan rumah-rumah dikampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran dengan jiran yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN SEMANGAT KEJIRANAN

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LONGGAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT