HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama.  Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran.  Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW iaitu:
         "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti                     jirannya." 

Menghormati jiran dan pengalaman mereka selagi mana tidak membawa mudarat.  Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengalaman mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat.

Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.  Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah SAW iaitu: Maksudnya: Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN SEMANGAT KEJIRANAN

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LONGGAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT