PENGENALAN & OBJEKTIF



Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang hidup diri atau  mengasingkan diri.  Oleh itu, Islam telah menekankan tentang kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.  Hubungan yang baik dapat membenuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan.  Kejiranan tidak mengenal erti perbezaan kaum kerana ia bergantung kepada tempat yang didiami oleh seseorang itu.  Dalam konteks Islam, umat Islam hendaklah saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum.

Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian.  Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Jiran itu ada tiga macam.  Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak.  Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya.  Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah hak jiran dan sebagai orang muslim.  Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN SEMANGAT KEJIRANAN

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LONGGAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT