Posts

Showing posts from August, 2017

FAKTOR-FAKTOR SEMANGAT KEJIRANAN KIAN PUPUS

Image
Faktor Pendidikan - apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat. Faktor Teknologi & Media Massa - perkembangan teknologi yang canggih membuat kita semakin kurang berinteraksi secara langsung mahupun tidak langsung berinteraksi dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faks, dan internet, kita tidak lagi bertemu secara berseorangan untuk berhubung. Faktor Struktur Perumahan yang Moden Hasil Daripada Teknologi - menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hal ini berbeza dengan rumah-rumah dikampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran dengan jiran yang lain.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapoat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa "tak kenal maka tak cinta" . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturrahim dan  memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran d

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LONGGAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Image
Sestengah anggota masyarakat kini lebih bersifat materialistik, iaitu mengutamakan kebendaan dan kerjaya. Sesetengah anggota masyarakat kini bersifat individualistik, iaitu mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai masa untuk mengenali jiran. Ada ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan anak jiran yang berlainan kaum. Ibu bapa tidak menerapkan kepentingan amalan kejiranan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak mempedulikan jiran sekeliling. Masyarakat di kawasan kejiranan tidak menunjukkan kerjasama apabila tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan kediaman mereka. Tiadanya aktiviti rukun tetangga di sesetangah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran menjadi longgar. Amalan gotong-royong dalam majlis kenduri dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan kerana masyarakat lebih suka menggunakan khidmat katering.

IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN

              Hidup tidak tenang         Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat             Terpinggir daripada masyarakat             Negara mundur dan kucar-kacir

HIKMAH ADAB BERJIRAN

Image
 Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian    Kehidupan bermasyarakat diberkati Allah SWT  Bersatu kearah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti   Sentiasa selesa dan mendapat pembelaan  Lebih mudah basmi kemungkaran

CARA-CARA MENYEMARAK HUBUNGAN BERJIRAN

Ziarah menziarahi Bergotong royong Menjaga keselamatan rumah jiran Jauhi perasaan hasad dengki Pelihara rahsia jiran walaupun lain agama

TANGGUNGJAWAB DALAM SEMANGAT KEJIRANAN

Image
Ikatan kejiranan dianggap sebagai pelengkap kepada hubungan antara individu dalam sesuatu masyarakat.  Jiran merupakan orang yang dapat membantu dalam pelbagai hal peribadi.  Jarak fizikal yang dekat antara jiran membolehkan mereka memberikan bantuan serta-merta, khususnya, ketika kecemasan.  Jiran juga memberikan bantuan untuk menjaga anak, membanteras kegiatan jenayah setempat dan menjadi saluran yang berkesan untuk menyelesaikan masalah kemasyarakatan. Hubungan erat sesama jiran secara tidak langsung memberikan sokongan emosi kepada individu yang terlalu sibuk dengan tugas seharian. Dalam masyarakat Melayu tradisional, fungsi dan tanggungjawab jiran dianggap penting oleh agama dan adat.  Hal ini demikian kerana agama menegaskan keperluan yang dipikul bersama oleh semua anggota masyarakat bagi menunaikan sesuatu ibadat.  Agama juga menganggap semua orang Islam itu bersaudara.  Oleh itu, setiap anggota masyarakat dituntut beradap sopan dengan jiran tetangga kerana bersikap menin

HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama.  Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran.  Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW iaitu:          "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti                     jirannya."  Menghormati jiran dan pengalaman mereka selagi mana tidak membawa mudarat.  Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak mengganggu kehidupan dan pengalaman mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat. Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.  Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat

JENIS-JENIS KEJIRANAN

1 . Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan Jiran sesama Muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran. 2. Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau saudara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang jiran. 3. Jiran Bukan Islam Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh dianggap sebagai musuh.  Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran.  Oleh itu, kita masih perlu menghormati mereka dan tidak menyakiti mereka seperti sabda Nabi Muhammad SAW;         "Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang            menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah."

KEBAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah.  Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian.  Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita.  Begitu juga jika kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan. Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita.  Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita.  Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Kebai

KEPENTINGAN KEJIRANAN

Semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program.  Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat.  Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak.  Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.  Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu.  Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah.  Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.  Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan.  Semangat masyarak

PENGENALAN & OBJEKTIF

Image
Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang hidup diri atau  mengasingkan diri.  Oleh itu, Islam telah menekankan tentang kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.  Hubungan yang baik dapat membenuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan.  Kejiranan tidak mengenal erti perbezaan kaum kerana ia bergantung kepada tempat yang didiami oleh seseorang itu.  Dalam konteks Islam, umat Islam hendaklah saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum. Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian.  Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Jiran itu ada tiga macam.  Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak.  Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya.  Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah hak jiran dan seba